Wednesday, May 11, 2011

JANGAN!!

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

- Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.

- Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas waktu Subuh,

- nanti ia akan mewarisi kepapaan(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).


Jangan tidur selepas waktu ‘Asar,

- nanti ia akan mewarisi penyakit gila.


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

- Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

- Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

- Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa

- kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf

- pada ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah..


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.

- Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH

- dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.

- Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa.

- Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,

- kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.

- Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.


Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya


Wasalam


'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)