lawak.
itu perkataan pertama yang keluar bila baca berita ni.
tak ada otak.
itu perkataan kedua.
mansuhkan UPSR dan PMR? aih~ main-main pula orang tua ni.
komen saya:-
1. sapa la gatal-gatal boleh terpikir idea yang kurang bernas ni? kalau selama ni alasan korang UPSR tak membantu pelajar, abes tu, kalau mansuhkan akan bantu la diorang? apaaaa daaa!!!
2. UPSR dan PMR ni la platform student nk hadapi SPM yang akan datang. bayangkan tak pernah exam tiba-tiba kena jawab SPM. haru tak? tak haru? aih, pelik la pakcik ni.
3. pakcik dulu UPSR dapat teruk ke? or pakcik dulu takde UPSR, so pakcik jeles dengan budak sekarang yang ada UPSR? budak nak peksa pun di halang. ada-ada jela. macam-macam pe'el
4. tidak perlu gopoh dalam membuat keputusan? patutnya cakap camni dengan diri sendiri, tidak perlu keluar idea pelik camni dalam membuat keputusan, awak tu TPM kot, ada pulak cakap cenggini. seronok kot tengok budak tak belajar dan hanyut.
5. memanglah bukan bergantung pada exam kejayaan masa depan, tapi, nak asah jugak sedari kecil kan.
6. lepas ni apa pulak requirement MRSM atau SBP utk intake kalau tak ada exam? anak dato' sekolah bagus-bagus, anak atok nenek sekolah biasa. macam tu?
7. bla bla bla...banyak pulak gimik politik sekarang. dahsyat. budak nanti tak bijak, pastu tak sambung study, so kerajaan tak perlu keluar duit nk taja. oh, pandainye! ceh~
_____________________________________________________________________________________________
PUTRAJAYA: Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan.
Katanya, beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu.
"Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
Muhyiddin berkata, setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik.
"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.
"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya.
Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak yang berkepentingan. - BERNAMA