Showing posts with label my comment. Show all posts
Showing posts with label my comment. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

mode: Islamik

aku bukak FB, aku tengok rmai kwn2 aku dah berstatus ‘in a relationship’.

aku x kesah, masing2 da umur 23 kan..umur tahap hormon memang perlukan kasih sayang extra :D

tapi ade had dan batas kan? aku tulis ni sebagai peringatan untuk aku jugak, sedalam mana pun kasih kita kat sorang laki xkesah la dia pakwe ke, tunang ke, kawan ke, ada syarat2 nya.

sakit jugak la mata aku tengok masing2 bergambar macam tak ingat dunia. kalau setakat duduk sebelah menyebelah, mungkin la aku boleh positifkan pikiran, tapi kalau dah angle pun sikit punya baik dah macam peluk2, ish, aku pn boleh pk macam2..

well, aku manusia, aku pn akan teruji dengan perkara2 macam ni, harap-harap iman masih boleh jaga diri. tapi beb, korang da besar, patut da pndai beza baik buruk.

aku sedih sebab kawan2 aku ni,

1. ade yg memang TAK ADA background sekolah agama, kurang didikan, parents yang sambil lewa beri kebebasan pada anak. jadi diorang membesar dengan suasana kurang sihat, tambahan pulak ALLAH anugerahkan mereka dengan akal yang cerdik, maka berjaya lanjutkan pelajaran ke U.S, Australia, etc. lebih terdedah dengan gejala2 tak sihat kurang sihat, dan akhirnya, keluarlah gambar2 sedang berparty, sedang berpeluk cium, sedang berdua errrr, atas katil? belajar bersama2. hello kawan, buat private picture lah, jangan buat public, aku tengok rasa seksa, aku pun jiwa muda juga kawan..

2. ade yang MEMANG background sekolah agama. ok lah, fine, mereka ni yang sekolah agama KAFA jek, which means, masa sekolah rendah je, so ape yang diorg belajar, takat darjah 6 pastu dah lupa tak amal.jadi end up, sama la jugak macam situasi 1. tadi. sedihkan?

3. golongan yang DARI KECIK SAMPAI BESAR sekolah agama, siap asrama lagi. ASRAMA PENUH. ok culture shock. tu jela alasannya. sekarang tak boleh pakai dah, sebab culture tu, kita yang cipta, kita yang kena buat surrounding kita, kita yang cipta suasana apa kita nak duduk. naluri remaja fitrah la nk berkasih, tapi kasih macam mana kena review smula. pakat2 dok pikir balik, dulu cekgu2, ostat2 ajo cmne kt skolah. dulu kemain lagi baik, naqibah, nasihat pung pang pung pang jauhi ikhtilat, cegah zina, dan macam2 lagilah. sekarang kenapa kak? kenapa dik? kenapa jauh panggang dari api? apesal jd cmni? kenamuhasabah tengok balik ape yang kita dah silap percaturan. takpe, salah jalan boleh undur. jangan salah pengakhiran, bila dah tak sempat nak bertaubat, bila nyawa dah kat pangkal leher, jangan masa tu baru nak terhegeh2 mengimbau kenangan di sekolah agama, dan kalaulah..kalaulah disebut2..

okay, entry ni aku emo.ye, aku emo. sebab aku sayang kawan2 aku, kalau nampak aku leka, tegur aku. aku pun manusia gak. kata dasar dalam bahasa arab, maksudnya pelupa. jadi, kena salu dok pringat. sebab aku ni pn idok ler baik benor. mungkin pandai cakap je. tapi aku salu igt pesan cekgu dan ostat, sampaikan walau satu ayat. jadik, aku pn wat mandai2 la nih tegur menegur. kalau kasar, maafkan aku. aku nk crita panjang aku tak reti. aku pun insomnia belum tidur sejak malam tadi, jadi ada la angan2 nak berehat2 sebentar. tata

Tuesday, June 22, 2010

UPSR dan PMR. lagi gimik kerajaan.

lawak.
itu perkataan pertama yang keluar bila baca berita ni.
tak ada otak.
itu perkataan kedua.

mansuhkan UPSR dan PMR? aih~ main-main pula orang tua ni.

komen saya:-
1. sapa la gatal-gatal boleh terpikir idea yang kurang bernas ni? kalau selama ni alasan korang UPSR tak membantu pelajar, abes tu, kalau mansuhkan akan bantu la diorang? apaaaa daaa!!!

2. UPSR dan PMR ni la platform student nk hadapi SPM yang akan datang. bayangkan tak pernah exam tiba-tiba kena jawab SPM. haru tak? tak haru? aih, pelik la pakcik ni.

3. pakcik dulu UPSR dapat teruk ke? or pakcik dulu takde UPSR, so pakcik jeles dengan budak sekarang yang ada UPSR? budak nak peksa pun di halang. ada-ada jela. macam-macam pe'el

4. tidak perlu gopoh dalam membuat keputusan? patutnya cakap camni dengan diri sendiri, tidak perlu keluar idea pelik camni dalam membuat keputusan, awak tu TPM kot, ada pulak cakap cenggini. seronok kot tengok budak tak belajar dan hanyut.

5. memanglah bukan bergantung pada exam kejayaan masa depan, tapi, nak asah jugak sedari kecil kan.

6. lepas ni apa pulak requirement MRSM atau SBP utk intake kalau tak ada exam? anak dato' sekolah bagus-bagus, anak atok nenek sekolah biasa. macam tu?

7. bla bla bla...banyak pulak gimik politik sekarang. dahsyat. budak nanti tak bijak, pastu tak sambung study, so kerajaan tak perlu keluar duit nk taja. oh, pandainye! ceh~

_____________________________________________________________________________________________

PUTRAJAYA: Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan.
Katanya, beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu.
"Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Muhyiddin berkata, setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik.

"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.
"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya.

Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak yang berkepentingan. - BERNAMA