Sunday, April 11, 2010

harungi harimu

Memang banyak cabaran kepada yang baru masuk U..terutama bagi yang bertudung,saya jua begitu even ramai kenalan saya bermula dengan bertudung labuh juga.memang labuhnya tudung tidak dapat memberi tafsiran sebanyak mana iman, tapi ia adalah tanda tarbiyyah yang berkesan dan terkesan di jiwa yang menzahirkannya.

Sahabat,harungilah segala ujian, antara2 banyak2 org yang tertumpas dlm dunia,kita adlah yang terpilih untuk mengikuti sunnah sahabiah.Istiqomahlah! Usah berpatah kembali,kita dah berjalan ke hadapan,sgl ujian dan cabaran yang dihadapkan hanyalah ujian kepada kita agar lebih istiqomah dan menghargai ilmu agama kita.

Sebagai bekas pelajar sekolah agama, Tuhan telah menetapkan jalan kita menimba cintaNya agak sukar dari orang lain,ujiannya kuat.namun percayalah, walaupun susah namun kita mampu menjadi mawar2 mekar di Taman Islam.Lihatlah dari kaca mata dakwah dan tarbiyyah.Air mata wanita adalah fitrah, ia tidak salah untuk dicurah kerana mungkin dari situlah kekuatan datang, ianya tidak semestinya lambang sebuah kehampaan atau putus asa.Namun,hadapkan segalanya pada Khaliq.bukankah segala jalan Dia yang menetapkan?Bukankah segala penyelesaian ada pada Nya?Maka mintalah daripada Nya.

Biarlah saya berkongsi sesuatu moga mendapat manfaat darinya. Kata seseorang kepada saya ketika saya berputus asa ‘ Tarbiyyah tak selalunya mudah dan senang sentiasa.Kadangkala tarbiyyah dtang dlm bentuk kesusahan,dan itulah tarbiyyah direct dari Allah.Jikalau kita hanya fikir untuk keluar dan putus asa dalam dakwah,ibarat kita keluar dari kelas tarbiyyah yang Allah beri’.

Lihatlah dari sudut berbeza.Saya jua kadang kala ingin cepat keluar dari masalah, namun andai kita sentiasa cuba lihat hikmah dari setiap apa yang dihadapkan,kita akan tahu betapa besarnya Cinta Illahi kepada kita.Bersabarlah dalam menuntut tarbiyyah dan melaksanakan dakwah.Peganglah dengan kuat tali Allah, dan penawar atas segala2nya adalah YAKIN PADA ALLAH ;). kekalkanlah pemakaian tudung sempurnamu..jangan biarkan iman semakin tipis lantaran nipisnya kain tudung yang dipakai, jangan juga biarkan iman semakin kurang lantaran singkatnya tudung kita..Wallahu’alam..

Walaupun kita tak pernah mengenali, namun saya terasa amat rapat atas dasar kekuatan ukhwah Fillah!

MABROUK!



TAHNIAH~


KEPUTUSAN RASMI
Pilihanraya Badan Pengurus PMRAM 2010
Oleh SURUHANJAYA PILIHANRAYA
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [SPR PMRAM 2009]

1- Jumlah ahli yang layak mengundi .. .. .. .. 1445
2- Jumlah keluar mengundi .. .. .. .. .. .. 920
3- Peratus keluar mengundi .. .. .. .. .. .. .. 63.7%
3- Bilangan undi rosak .. ... .. .. .. .. .. 8



Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)


Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)


Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)


Ustaz Muaz bin Syukri : 173


Ustaz Aminuddin bin Alias : 226


Ustaz Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi : 860 (menang)


Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)


Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)


Ustaz Hanif bin Haron : 158


Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)


Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)


Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)

p/s: maaf saya tidak keluar mengundi.. (^_^)