Showing posts with label my own article. Show all posts
Showing posts with label my own article. Show all posts

Monday, March 26, 2012

y'all wanna know what you're studying is all about?

sedikit perkongsian,
tambah2 jadual exam pun dah keluar kan..
masing-masing pun pening,
mana perlu dihadamkan dahulu,
ada yang kata baca ini dulu, baharu boleh faham yang itu.
dan banyak lagi..
hakikatnya semuanya penting2 belaka :D

saya sendiri pun, setakat menulis begini mudahlah,
untuk aplikasi diri sendiri pun masih tersekat sekat.
apapun, kembalikan semuanya kepada diri kita sendiri.
InsyaALLAH dengan usaha yang gigih, kejayaan pasti akan dicapai :)
tidak kira lambat atau cepat,
semuanya telahpun tersurat :)

haaaa, serabut sangat ke tak tahu mana nak mula.
apa kelebihan setiap buku yang ada?
kat sini ade sedikit tips tentang apa sebenarnya yang kita sedang baca, sedang belajar.
moga moga kita dapat sama2 fahami bahawa
tak ada istilah lebih penting, kerana SEMUANYA penting :D

**********************************************************************************

Histology, merangkumi perkara paling asas dalam badan manusia. Dan dalam sel2 yang asas ni pun, fungsinya sangat penting dan kompleks. Apabila sel2 ni bergabung dan berkumpul bersama, maka terhasillah Anatomy, yang merangkumi struktur tulang, otot, organ, salur darah dan juga saraf. Walaupun nampak simple, tapi, sebenarnya, semua benda ni perlu dipelajari dengan lebih mendalam, terutamanya kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi Pakar Bedah berjaya. Walaubagaimanapun, semua pelajar Medik perlu tahu semua ni.

Jika Anatomy lebih kepada struktur normal dalam badan manusia, Physiology pula, dikaitkan dengan fungsi sistem2 dalam badan. Dengan Physiology inilah, apabila ada yang terlebih terkurang, dia akan betulkan semula, selagi mana keadaan badan kita masih lagi normal. Sekiranya tidak normal, maka terjadilah Pathology. Tapi, Pathology ni, bukannya berpunca dari Physiology yang abnormal sahaja, tapi boleh juga berpunca daripada Microbiology yang ada segala jenis bagai.

Ada sesetengah Microbiology ni, memang ada dalam badan kita, dan juga yang 'terbang dan merayap' di sekitar kita. Namun, ada juga, sesetengah Microbiology ni, yang dibawa oleh Parasitology. Dan ada juga Parasitology sendiri yang menyebabkan penyakit terus kepada manusia. Dan adakalanya, Parasitology dan Microbiology memerlukan haiwan di sekeliling kita untuk menyebarkan penyakit.

Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Itulah peranan Pharmacology. Dari Pathology sampai Parasitology tadi, semuanya berpenyakit. Dengan adanya Pharmacology, kebanyakan penyakit boleh diubati. Namun, kena ingat, tak semua ubat ni selamat. Ada juga yang boleh menyebabkan penyakit juga (side effects).

Biochemistry, walaupun agak sedikit lain banding semua ni, tapi prosesnya berkaitan dengan fungsi normal badan manusia, Physiology kita. Seperti Physiology, sekiranya prosesnya ada yang abnormal, maka boleh menyebabkan Pathology. Dan, Biochemistry boleh juga diganggu oleh Pharmacology. Namun, sekiranya kita sudah berhenti ambil ubat, Biochemistry akan kembali normal semula.

Eh, terlupa kat si kecil Embryology. Dari segumpal darah, kepada fetus yang sempurna, banyak peringkat dan proses yang perlu dipelajari daripada Embryology. Sekiranya ada yang tidak kena, akan menyebabkan kecacatan kepada bakal bayi yang dilahirkan.

**********************************************************************************

"Buat semua kawan 3rd year dan juga adik2 junior 1st and 2nd year, All da best dalam menghadapi exam. Buat yang terbaik dan sehabis mampu kita. Rabbuna Yusahhil. Dan ingatlah, Learning the highest creation of Allah is never easy, namun berdoalah kepada-Nya agar dipermudahkan segalanya." Doakan diri saya jua :)


credit petikan: source dari geng medik alex :D

Wednesday, April 27, 2011

mode: Islamik

aku bukak FB, aku tengok rmai kwn2 aku dah berstatus ‘in a relationship’.

aku x kesah, masing2 da umur 23 kan..umur tahap hormon memang perlukan kasih sayang extra :D

tapi ade had dan batas kan? aku tulis ni sebagai peringatan untuk aku jugak, sedalam mana pun kasih kita kat sorang laki xkesah la dia pakwe ke, tunang ke, kawan ke, ada syarat2 nya.

sakit jugak la mata aku tengok masing2 bergambar macam tak ingat dunia. kalau setakat duduk sebelah menyebelah, mungkin la aku boleh positifkan pikiran, tapi kalau dah angle pun sikit punya baik dah macam peluk2, ish, aku pn boleh pk macam2..

well, aku manusia, aku pn akan teruji dengan perkara2 macam ni, harap-harap iman masih boleh jaga diri. tapi beb, korang da besar, patut da pndai beza baik buruk.

aku sedih sebab kawan2 aku ni,

1. ade yg memang TAK ADA background sekolah agama, kurang didikan, parents yang sambil lewa beri kebebasan pada anak. jadi diorang membesar dengan suasana kurang sihat, tambahan pulak ALLAH anugerahkan mereka dengan akal yang cerdik, maka berjaya lanjutkan pelajaran ke U.S, Australia, etc. lebih terdedah dengan gejala2 tak sihat kurang sihat, dan akhirnya, keluarlah gambar2 sedang berparty, sedang berpeluk cium, sedang berdua errrr, atas katil? belajar bersama2. hello kawan, buat private picture lah, jangan buat public, aku tengok rasa seksa, aku pun jiwa muda juga kawan..

2. ade yang MEMANG background sekolah agama. ok lah, fine, mereka ni yang sekolah agama KAFA jek, which means, masa sekolah rendah je, so ape yang diorg belajar, takat darjah 6 pastu dah lupa tak amal.jadi end up, sama la jugak macam situasi 1. tadi. sedihkan?

3. golongan yang DARI KECIK SAMPAI BESAR sekolah agama, siap asrama lagi. ASRAMA PENUH. ok culture shock. tu jela alasannya. sekarang tak boleh pakai dah, sebab culture tu, kita yang cipta, kita yang kena buat surrounding kita, kita yang cipta suasana apa kita nak duduk. naluri remaja fitrah la nk berkasih, tapi kasih macam mana kena review smula. pakat2 dok pikir balik, dulu cekgu2, ostat2 ajo cmne kt skolah. dulu kemain lagi baik, naqibah, nasihat pung pang pung pang jauhi ikhtilat, cegah zina, dan macam2 lagilah. sekarang kenapa kak? kenapa dik? kenapa jauh panggang dari api? apesal jd cmni? kenamuhasabah tengok balik ape yang kita dah silap percaturan. takpe, salah jalan boleh undur. jangan salah pengakhiran, bila dah tak sempat nak bertaubat, bila nyawa dah kat pangkal leher, jangan masa tu baru nak terhegeh2 mengimbau kenangan di sekolah agama, dan kalaulah..kalaulah disebut2..

okay, entry ni aku emo.ye, aku emo. sebab aku sayang kawan2 aku, kalau nampak aku leka, tegur aku. aku pun manusia gak. kata dasar dalam bahasa arab, maksudnya pelupa. jadi, kena salu dok pringat. sebab aku ni pn idok ler baik benor. mungkin pandai cakap je. tapi aku salu igt pesan cekgu dan ostat, sampaikan walau satu ayat. jadik, aku pn wat mandai2 la nih tegur menegur. kalau kasar, maafkan aku. aku nk crita panjang aku tak reti. aku pun insomnia belum tidur sejak malam tadi, jadi ada la angan2 nak berehat2 sebentar. tata

Wednesday, February 2, 2011

krisis Tanta

Assalamualaikum..

sedikit sebanyak kronologi apa yang berlaku pada aku di Tanta.

first sekali, aku mmg tak expect langsung benda nih akan jadik kat aku sendiri. biase nye kita tgk berita tentang perang sana sini, rusuhan sana sini dll..sekarang, bayangkan benda ni jadik senirik kat kita.

26 JANUARI 2011 - Twitter kena block. Reasonnya, sebab Mesir nak halang penyebaran maklumat tentang akan berlakunya rusuhan dan demonstrasi. Jadi penyebaran maklumat tentang tempat demo akan terhad.

27 JANUARI 2011 - Arini ader rusuhan kecil2an kat area sini lepas solat jumaat. But tak teruk mane pon. Sbb time tu senang org ramai bley berkumpul. Approximately 9 malam waktu Mesir (3 pagi waktu Malaysia) , sebelum FB dah di block. sempat jugak tengok update2 kawan2 yang cakap twitter da boleh bukak. then, refresh-refresh, FB pulak yang tak boleh bukak. Cuak kejap la. Sbb dah tak dapat nak update apa-apa. Nak tambahkan worse, tetiba tenet pon takde jugak.



28 JANUARI 2011 - bangun pagi2 je, sempat aku sms mak aku, kak long, and my fiancee. cakap maybe line pon takde sbb line tenet dah takde.

message tu berbunyi:

6:40 AM @ 28/01/11 "Salam mak, now Egypt tengah sekat internet, tak dapat nak online through handphone/laptop/apa-apa. Twitter, Facebook da kena block. k tu je, bgtau sbb nt mak risau xde update je.hehe k.wslm

pastu ada aku tambah message pada X : "kalau dapat message ni, reply k."


sempat la jugak kak long n X reply. pastu dalam pukul 8AM kot, handphone da start tak ada coverage. sebab dalam 7.20AM tu sempat lagi SMS Eema sebab dia mintak no. tepon unit hisbah. Pulak dah tak ada line ni, memang kacau la jugak. internet tak ada, kalau handphone pn x fungsi, nak contact dunia luar macam mana? memang berdoa agar line tepon cepat ada.


29 JANUARI 2011 - 10AM, nak taknak kene jugak kuar rumah utk tau ape yg tjadi sekarang kat kawasan ni. nak jmpa senior tanya kenape internet tak ada and line tepon tak dpt. sambil2 terpikir nak beli something utk bekalan stok umah. sampai kedai baba (ex tuan rumah) banyak la info dapat. Baba cakap rusuhan teruk kat Mesir, ada demonstrasi nak gulingkan Housni Mobarak. Baba ada cakap jugak, student Malaysia jangan risau sangat, sebab tengok aku tiba2 capai tepung, gula, susu, telur etc2. Then, setelah sehari suntuk semalam hidup macam dalam gua (tenet xde, tepon pn xley gne) tibe2 tengok handphone dah ade nyawa2 coverage. Alhamdulillah. time tu rase happy gak la. sempat beli topup sebarang 40genih kot. sbb prepare kalau emergency. sempat aku call la mak aku inform ape yg jadi. Disebabkan kene beli pape brg - diorg cakap bekalan maybe takde, kitorang ke Bank lah nak cucuk mencucuk~ jalan jam pastu tentera2 berderet2. ada kawan yang ke supermarket cakap kereta kebal da beratur along the road tu. masa ni la dpt info yg mengatakan mesir dah isytihar DARURAT. zon kuning. uih~! cuak.



* ni arahan dr PMRAM utk kitorg. utk keselamatan. kene catit sbb risau terlupe ke ape ke. Ustaz Amin yang call masa ni*


30 JANUARI 2011 - berkurung je dalam rumah sebab dah dimaklumkan perintah berkurung (curfew) dari pukul 4PM - 8AM.


31 JANUARI 2011 - aku and farawahida keluar cari topup. buat bekal sbb skg ni mmg boleh calling2 sahaja. SMS memang pending. time kuar tu, ader insiden yang buat gelabah jugak la. tengah-tengah nak beli topup kat kedai ni, satu trak tentera stop kat betul2 depan kedai tu. masuk dengan senapang/pistol/ape jela yg korang namakan benda ni. dia nak beli kredit jugak. tapi sebab topup dah sold out, ammu kedai ni jawab kredit da abes. kelam kabut balik rumah. topup pn tak dapat. yang dapat cuma beli tokmiyah bil batotis.

ni antara gambar yang sempat di snap, walaupun tak clear dari handphone berpixel rendah ni, but ada la jugak kenangan. trak biru tu trak tentera.


* malam nye, dpt 1 lg arahan dr pihak PMRAM. kene catit jugak..keselamatan diutamakan..*




1 FEBRUARI 2011 - beli macam2 makanan utk stock selama 4-5 hari. tapi dalam keadaan sekarang yang terdaya nak telan cuma ayam KOKI (ayam goreng segera). sampai rasanya, stok dalam peti dan kat rumah ni boleh tahan sebulan (untuk 4 orang)

1. KOKI- 7 paket [sepaket ade 12ketul]

2. telur - 3 papan

3. beras - 25 kg

dll spt tepung gula susu minyak bawang kentang.


HARINI - line internet dpt lepas waktu asar (3 lebih ptg waktu mesir). ya Allah, aku rase bernafas sikit la. thanks Edd sbb kau dgn excited nye bgtaw dah ade tenet. Alhamdulillah, sbb dah boleh call Malaysia untuk maklumkan keadaan. Boleh check berita untuk tau kejadian. Boleh update FB :D yey :)

bila jadi macam ni, dapatlah dikenal pasti siapa kawan sebenar. Yang sanggup call dari Jordan, Nadhirah, thanks! Family yang call pagi petang siang malam ececeh, dan lain2 yang sudi drop by kt wall FB untuk tanya kabar :( waaa terharu! Doakan keselamatan kami disini ya.

update terbaru ley tengok ni

http://jpmk.info

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

source gambar kereta kebal - FB ayub rizal.

Sunday, April 11, 2010

harungi harimu

Memang banyak cabaran kepada yang baru masuk U..terutama bagi yang bertudung,saya jua begitu even ramai kenalan saya bermula dengan bertudung labuh juga.memang labuhnya tudung tidak dapat memberi tafsiran sebanyak mana iman, tapi ia adalah tanda tarbiyyah yang berkesan dan terkesan di jiwa yang menzahirkannya.

Sahabat,harungilah segala ujian, antara2 banyak2 org yang tertumpas dlm dunia,kita adlah yang terpilih untuk mengikuti sunnah sahabiah.Istiqomahlah! Usah berpatah kembali,kita dah berjalan ke hadapan,sgl ujian dan cabaran yang dihadapkan hanyalah ujian kepada kita agar lebih istiqomah dan menghargai ilmu agama kita.

Sebagai bekas pelajar sekolah agama, Tuhan telah menetapkan jalan kita menimba cintaNya agak sukar dari orang lain,ujiannya kuat.namun percayalah, walaupun susah namun kita mampu menjadi mawar2 mekar di Taman Islam.Lihatlah dari kaca mata dakwah dan tarbiyyah.Air mata wanita adalah fitrah, ia tidak salah untuk dicurah kerana mungkin dari situlah kekuatan datang, ianya tidak semestinya lambang sebuah kehampaan atau putus asa.Namun,hadapkan segalanya pada Khaliq.bukankah segala jalan Dia yang menetapkan?Bukankah segala penyelesaian ada pada Nya?Maka mintalah daripada Nya.

Biarlah saya berkongsi sesuatu moga mendapat manfaat darinya. Kata seseorang kepada saya ketika saya berputus asa ‘ Tarbiyyah tak selalunya mudah dan senang sentiasa.Kadangkala tarbiyyah dtang dlm bentuk kesusahan,dan itulah tarbiyyah direct dari Allah.Jikalau kita hanya fikir untuk keluar dan putus asa dalam dakwah,ibarat kita keluar dari kelas tarbiyyah yang Allah beri’.

Lihatlah dari sudut berbeza.Saya jua kadang kala ingin cepat keluar dari masalah, namun andai kita sentiasa cuba lihat hikmah dari setiap apa yang dihadapkan,kita akan tahu betapa besarnya Cinta Illahi kepada kita.Bersabarlah dalam menuntut tarbiyyah dan melaksanakan dakwah.Peganglah dengan kuat tali Allah, dan penawar atas segala2nya adalah YAKIN PADA ALLAH ;). kekalkanlah pemakaian tudung sempurnamu..jangan biarkan iman semakin tipis lantaran nipisnya kain tudung yang dipakai, jangan juga biarkan iman semakin kurang lantaran singkatnya tudung kita..Wallahu’alam..

Walaupun kita tak pernah mengenali, namun saya terasa amat rapat atas dasar kekuatan ukhwah Fillah!

Monday, December 14, 2009

permudahkanlah~!

blog baru saya selain daripada blog dralia yang ni khas la nak celoteh islamik sket :D bukannya apa, blog yang dralia tu, kadang2 banyak merapu dari memberi info..mak pun dah bising suruh post entry yang baik baik je..jadi, buat la satu lagi khas untuk ape2 yang lebih menjurus kepada yang berfaedah sket :D

dan hakikatnya, seperti title header, dahulu cita cita nak jadi ustazah, tapi alhamdulillah sekarang mengaji medic :D doakan saya dipermudahkan urusan dalam mencapai kejayaan dan jadi doktor muslimah mukminah solehah :)