Showing posts with label DOKTOR. Show all posts
Showing posts with label DOKTOR. Show all posts

Monday, March 26, 2012

y'all wanna know what you're studying is all about?

sedikit perkongsian,
tambah2 jadual exam pun dah keluar kan..
masing-masing pun pening,
mana perlu dihadamkan dahulu,
ada yang kata baca ini dulu, baharu boleh faham yang itu.
dan banyak lagi..
hakikatnya semuanya penting2 belaka :D

saya sendiri pun, setakat menulis begini mudahlah,
untuk aplikasi diri sendiri pun masih tersekat sekat.
apapun, kembalikan semuanya kepada diri kita sendiri.
InsyaALLAH dengan usaha yang gigih, kejayaan pasti akan dicapai :)
tidak kira lambat atau cepat,
semuanya telahpun tersurat :)

haaaa, serabut sangat ke tak tahu mana nak mula.
apa kelebihan setiap buku yang ada?
kat sini ade sedikit tips tentang apa sebenarnya yang kita sedang baca, sedang belajar.
moga moga kita dapat sama2 fahami bahawa
tak ada istilah lebih penting, kerana SEMUANYA penting :D

**********************************************************************************

Histology, merangkumi perkara paling asas dalam badan manusia. Dan dalam sel2 yang asas ni pun, fungsinya sangat penting dan kompleks. Apabila sel2 ni bergabung dan berkumpul bersama, maka terhasillah Anatomy, yang merangkumi struktur tulang, otot, organ, salur darah dan juga saraf. Walaupun nampak simple, tapi, sebenarnya, semua benda ni perlu dipelajari dengan lebih mendalam, terutamanya kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi Pakar Bedah berjaya. Walaubagaimanapun, semua pelajar Medik perlu tahu semua ni.

Jika Anatomy lebih kepada struktur normal dalam badan manusia, Physiology pula, dikaitkan dengan fungsi sistem2 dalam badan. Dengan Physiology inilah, apabila ada yang terlebih terkurang, dia akan betulkan semula, selagi mana keadaan badan kita masih lagi normal. Sekiranya tidak normal, maka terjadilah Pathology. Tapi, Pathology ni, bukannya berpunca dari Physiology yang abnormal sahaja, tapi boleh juga berpunca daripada Microbiology yang ada segala jenis bagai.

Ada sesetengah Microbiology ni, memang ada dalam badan kita, dan juga yang 'terbang dan merayap' di sekitar kita. Namun, ada juga, sesetengah Microbiology ni, yang dibawa oleh Parasitology. Dan ada juga Parasitology sendiri yang menyebabkan penyakit terus kepada manusia. Dan adakalanya, Parasitology dan Microbiology memerlukan haiwan di sekeliling kita untuk menyebarkan penyakit.

Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Itulah peranan Pharmacology. Dari Pathology sampai Parasitology tadi, semuanya berpenyakit. Dengan adanya Pharmacology, kebanyakan penyakit boleh diubati. Namun, kena ingat, tak semua ubat ni selamat. Ada juga yang boleh menyebabkan penyakit juga (side effects).

Biochemistry, walaupun agak sedikit lain banding semua ni, tapi prosesnya berkaitan dengan fungsi normal badan manusia, Physiology kita. Seperti Physiology, sekiranya prosesnya ada yang abnormal, maka boleh menyebabkan Pathology. Dan, Biochemistry boleh juga diganggu oleh Pharmacology. Namun, sekiranya kita sudah berhenti ambil ubat, Biochemistry akan kembali normal semula.

Eh, terlupa kat si kecil Embryology. Dari segumpal darah, kepada fetus yang sempurna, banyak peringkat dan proses yang perlu dipelajari daripada Embryology. Sekiranya ada yang tidak kena, akan menyebabkan kecacatan kepada bakal bayi yang dilahirkan.

**********************************************************************************

"Buat semua kawan 3rd year dan juga adik2 junior 1st and 2nd year, All da best dalam menghadapi exam. Buat yang terbaik dan sehabis mampu kita. Rabbuna Yusahhil. Dan ingatlah, Learning the highest creation of Allah is never easy, namun berdoalah kepada-Nya agar dipermudahkan segalanya." Doakan diri saya jua :)


credit petikan: source dari geng medik alex :D

Friday, March 26, 2010

Berbaik sangka

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.

Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Pernafasannya?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"

Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"

moral of the story : InsyaALLAH doktor tahu apa yang mereka lakukan.

Friday, December 18, 2009

Berattachment di Hospital Serdang








RIGHT CYSTIC OVARIAN MASS

Monday, December 14, 2009

permudahkanlah~!

blog baru saya selain daripada blog dralia yang ni khas la nak celoteh islamik sket :D bukannya apa, blog yang dralia tu, kadang2 banyak merapu dari memberi info..mak pun dah bising suruh post entry yang baik baik je..jadi, buat la satu lagi khas untuk ape2 yang lebih menjurus kepada yang berfaedah sket :D

dan hakikatnya, seperti title header, dahulu cita cita nak jadi ustazah, tapi alhamdulillah sekarang mengaji medic :D doakan saya dipermudahkan urusan dalam mencapai kejayaan dan jadi doktor muslimah mukminah solehah :)